Sedikit pemerhatian dan pendapat kami mengenai pemberian hadiah dalam dunia korporat.
Pada kebiasannya hadiah diberi semasa perayaan, acara berkaitan syarikat (hari setiausaha, naik pangkat, pertukaran bahagian atau persaraan), tanda terima kasih, kunjungan dari pelanggan dan juga untuk acara peribadi (perkahwinan, kelahiran dan meraikan rumah baru).
Kebanyakan syarikat atau pemilik perniagaan sentiasa mencari cara untuk memberi pengiktirafan kepada pelanggan serta pekerja syarikat itu sendiri. Keduanya sama penting bagi memastikan kelancaran syarikat dan wajar diberi pengiktirafan.
Pelanggan adalah penting kerana mereka yang memberi bisnes dan sesuai untuk diberi pengiktirafan terutama sekali semasa musin perayaan dan acara yang penting tahunan. Membina perhubungan ini adalah penting kerana keikhlasan syarikat itu memberikan imej yang positif dan akan menambah nilainya
Pekerja pula adalah nadi setiap syarikat dan mengiktiraf penat lelah mereka akan memberikan kesan baik kepada setiap syarikat dalam jangkamasa yang panjang kerana ia mencipta perasaan yakin kepada syarikat.
Semasa memberi hadiah, ia perlu menunjukan peringatan anda, bercitarasa tinggi, memberi perhatian kepada butiran kecil dan paling penting ia menunjukan anda faham mengenai adat resam, kepercayaan dan tradisi si penerima.
Hamper boleh menjadi pilihan terbaik kerana ia tidak membosankan dan hadiah yang diberi boleh memuatkan pelbagai jenis ole-ole. Kepelbagaian barangan didalam hamper menjadikan ia sesuai untuk kumpulan. Berlainan dengan membeli hadiah untuk setiap individu, setiap orang boleh memilih barang kesukaan mereka dari sesbuah hamper.
Kami di Qaseh Gifts percaya, pemberian hamper sebagai hadiah akan sentiasa mendapat perhatian. Pembungkusan yang menarik dengan reben atau bunga boleh menjadi tarikan dan boleh member pelbagai gambaran menarik mengenai si pemberi. Hubungi kami jika anda perlukan idea untuk memberi hadiah kepada pelanggan atau pekerja anda. Kami mungkin mempunyai hadiah yang sesuai dan menepati peruntukan anda dan acaranya.
Sehingga bertemu lagi!
No comments:
Post a Comment