Masa yang dinanti-nantikan oleh semua kanak-kanak sekolah sudah tiba! Ibu bapa juga mesti tengah berfikir apa yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah ini. Jom kongsi idea mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi memanfaatkan masa anak-anak yang terluang.
1. Kem
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ni. Merangkumi perkara rohani dan jasmani, kem-kem ini dapat memberi ilmu dan membina keyakinan diri anak-anak.
2. Kraf
Pelbagai jenis kraf boleh dibuat dan tahap kesukaran juga adalah berbeza. Sekiranya membuat kraf patikan ia adalah sesuatu yang akan membuat anak-anak gembira dan paling penting buatlah kraf dari bahan yang boleh dikitar semula.
3. Belajar skill baru
Mungkin ada yang mahu mengambil kelas renang, kelas menunggang kuda, kelas memasak, kelas Iqra, kelas kraf, kelas muzik, klinik sukan dan apa sahaja jenis kelas jangka pendek. Masa inilah boleh digunakan untuk kita selidik mengenai minat anak-anak. Sekiranya berminat dan ada potensi, bolehlah ambil kelas ‘advance’. Untuk yang berminat bersukan, memang patut diberi pendedahan kerana sekolah –sekolah sedang menerapkan ‘1 Murid 1 Sukan’, tak rugi mencuba.
4. Membuat lawatan ke tempat-tempat menarik
Ini termasuklah muzium, zoo, perpustakaan negara, pusat sains, galeri seni lukis, air terjun, laut dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik. Dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di lokasi-lokasi tersebut. Gunakan kreativiti anda dan ajak anak-anak anda memberi idea untuk menjadikan lawatan kali ini lebih menarik dan bermakna.
5. Membaca
Mungkin anda boleh beri tempoh untuk membaca satu buku cerita dan bila sudah selesai membaca, boleh berknogsi bercerita tentang buku tersebut. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberikan keyakinan untuk pengucapan awam. Sekiranya ingin membeli buku yang murah semasa terdekat, sila klik di sini.
6. Bergotong-royong
Ajak anak-anak anda bergotong royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Suasana persikitaran yang bersih akan mempromosikan harmoni di dalam keluarga. Sekiranya ada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, bolehlah dihantar kepada mereka yang lebih memerlukannya.
7. Berkebun
Mungkin remeh, tapi bercucuk tanam mengajar anak-anak sifat sabar dan juga tanggungjawab malah anda boleh terapkan matapelajaran sains sambil aktiviti dijalankan. Jika bermula sekarang, pada penghujung cuti sekolah nanti, tanaman yang diusahakan akan membuahkan hasil!
8. Hiburan
Sekiranya mempunyai peruntukan yang lebih, bolehlah menbawa anak-anak menonton wayang atau bermain ‘games’ di pusat hiburan. Tetapi aktiviti bolehlah disimpan sebagai aktiviti yang paling akhir dilakukuan bersama sebagai keluarga kerana banyak lagi yang menarik yang boleh dilakukan dan memberikan manfaat.
9. Kemaskini kalender 2012
Semua ahli keluarga boleh turut serta dalam aktiviti ini. Sediakan kalendar 2012 dengan meletakkan cuti umum, cuti sekolah, harijadi keluarga dan kawan-kawan, menu yang ingin disediakan bagi bulan Januari dan pelbagai perkara lagi boleh dimuatkan dalam kalender ini. Permulaan awal ini akan memupuk sifat ‘organization’ dalam diri anak-anak.
10. Bersedia untuk sekolah tahun depan J
Pada cuti ini bolehlah beransur-ansur untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan bagi tahun hadapan. Balut buku sekolah, tentukan ‘transport’, potong rambut, kemas bilik dan meja belajar. Semoga dengan perancangan awal dapat memanfaatkan semua dan memberikan motivasi kepada anak-anak untuk belajar.
Selamat bercuti dan mencuba idea-idea ini!
idea yg bagus. follow sini kalau sudi followlah balik. good info
ReplyDeletebagus entri ni , saya suka mungkin akan praktikkan membaca dan membuat kraft dengan anak2
ReplyDeleteWah ! yang no. 9 tu macam menarik je ... rasa nak buatlah yang no. 9 tu dalam minggu ni ... hehehe thanks atas sharing ini.
ReplyDeletep/s: sila sokong kempen marilah menderma kepada anak-anak yatim dan orang-orang miskin. Setiap sokongan anda akan dibayar dan didermakan kepada pusat jagaan tersebut. Sila layari http://www.benjystanis.co.cc/2011/11/kempen-marilah-menderma-selama-15-hari.html
sonok yer bebudak cuti sek dah kan :)
ReplyDeleteslmt bercuti utk semua...bgs2 tips yg sis berikan! good job...terkenang zaman kanak2 dulu...mmg besttt :)
Ummi - tq, dah follow ummi.
ReplyDeleteBee - tq, jgn lupa jualan buku hari khamis ni ya.
Benjy - welcome.
Lorna - tq, zaman kanak2 mmg the best!
Gud idea! hmm wlupun anak baru kelas tadika tapi excited klu dgr diorg nak cuti sekolah.. rehat tugas sbg pemandu
ReplyDeleteThx adie!
ReplyDelete