Tuesday, June 21, 2011

10 Idea Hadiah Pengantin

Musim cuti sekolah akan menjadi kebiasaan untuk kita memenuhi jemputan majlis persandingan. Sebagai tetamu, menjadi kemestian untuk membawa hadiah untuk mempelai. Tak kira di mana sahaja resepsi diadakan, di rumah, dewan, hotel, bandar atau kampung halaman. Pemberian ini samada dari segi barangan atau wang tunai adalah sukarela bagi tetamu.
Dua perkara penting yang akan memberi kelainan dalam pemberian hadiah ini adalah budaya dan perhubungan anda dengan pengantin. Yang penting, hadiah tersebut perlu menunjukkan keikhlasan anda.

Ok, mari kita lihat hadiah-hadiah yang boleh di beri kepada sang mempelai.

1.     Wang Tunai
Memberikan wang tunai adalah hadiah yang paling mudah dan ‘always right’. Ada juga hadiah wang tunai diberi sebelum atau selepas untuk perbelanjaan spesifik seperti live band semasa acara dan lain-lain lagi untuk meringankan perbelanjaan pengantin. Terpulang kepada anda samada pemberian dibuat sebelum, semasa atau selepas acara dijalankan.

2.     Barangan elektrik.
Ini mungkin hadiah yang agak popular. Selalunya setiap majlis akan menerima 2 atau 3 hadiah yang sama seperti periuk nasi elektrik, cerek, seterika, blender dan stove memasak.

Sekiranya ingin membeli barangan elektrik, disarankan membeli yang berkualiti supaya ia dapat digunakan dengan lama. Apa kata belikan hadiah yang jarang diberi seperti ‘vacuum cleaner’ atau ‘mixer’ membuat kek.

3.     Barangan dapur
Sekiranya ingin memberi barangan dapur, disarankan memberi barangan berkualiti supaya pengguanaannya dapat dimaksimakan. Ini termasuk set pinggan mangkuk, set periuk/kuali, alas meja atau set sudu garpu. Selain dari itu, barangan Tupperware dan bakul piknik juga boleh menjadi hadiah yang berguna.

Mungkin ia lucu, ada juga pengantin baru yang minta lesung tumbuk sebagai hadiah! Ok lah tu, ‘it is still considered barangan dapur right?’

4.     Barangan rumah
Hadiah untuk barangan rumah memang sangat popular ini termasuklah frame biasa dan cermin. Sering juga set cadar dan comforter menjadi hadiah bagi sang mempelai. Untuk kelainan, mungkin juga boleh memberi set tolietries untuk ditempatkan di bilik tetamu kelak.

5.     Barangan berunsur keagamaan
Sekiranya buntu, hadiah berunsur keagamaan juga boleh diberi. Bagi pengantin Muslim khasnya , Al-Quran, buku-buku doa, sejadah, tasbih, telekung dan kain pelekat juga boleh di beri. Bukan sahaja ia akan digunakan berulang kali, ia juga memberi pahala kepada si pemberi. Frame ayat-ayat suci Alquran juga boleh menjadi hadiah yang mudah dan cantik.

6.     Buku
Selain dari wang tunai, buku juga adalah hadiah yang mudah. Ia memberi ilmu, informasi dan inspirasi. Buku adalah ‘evergreen’ dan ia terus ‘memberi’ kerana sekiranya ia dikongsi atau di beri pada orang lain, ia terus menjadi panduan. Ia seperti hadiah yang boleh di buka berulang kali.

Tips : Contoh buku yang bersesuaian adalah seperti buku resepi, buku keagamaan dan motivasi untuk pasangan memulakan hidup sebagai suami isteri.

7.     Voucher Tunai
Voucher tunai juga adalah popular. Kami ada terilhat voucher-voucher ini di jual di pasaraya contohnya seperti Parkson dan IKEA. Selain dari itu, anda juga mungkin mahu melihat Groupon atau MyDeal kerana mereka mempunyai diskaun untuk pelbagai perkhidmatan dan barang dan boleh dijadikan voucher hadiah.

8.     Pakej berbulan madu
Tiket atau pakej boleh dibeli awal dengan harga yang berpatutan. Yang penting anda sebagai organiser perlu tahu tarikh yang sesuai. Kemudian selalulah melawat laman web penerbangan dan pergi ke MATTA Fair yang diadakan 2 kali setahun. Kos boleh dikurangkan sekiranya anda mengajak kawan-kawan lain ‘chip-in’.
Hadiah ini bukan sahaja boleh mendapat reaksi yang menggembirakan kedua mempelai, malah ia juga dapat meringankan masalah memikirkan ‘kemana’ untuk berbulan madu.

9.     Hadiah unik
Hadiah seumpana ini bergantung kepada bagaimana hubungan anda dengan bakal mempelai. Sekiranya anda rapat dan tahu hobi salah seorang dari mereka, anda boleh membeli sesuatu yang bersesuain dengan hobi atau personaliti. Terpulang kepada idea kreatif anda!
Contoh : sekiranya si isteri/suami meminati persembahan teater atau muzikal apa kata membeli tiket di Istana Budaya atau Dewan Philharmonik.
Walaubagaimanpun, sekiranya memberi hadiah umpama ini, sediakan resit sekali, manalah tahu pengantin mahu menukarnya ke hadiah lain. Selalunya hadiah begini boleh menjadi kejutan yang menggembirakan atau sebaliknya.

10.  ‘Personalised Gifts'
Sekiranya ingin hadiah yang istimewa untuk pengantin, boleh juga beri ‘Personalised Gifts' Seperti juga tuala yang di monogramkan, pelbagai barangan boleh di ‘personalise.

Contoh : Jahit monogram atau nama di tuala atau sarung bantal atau ukir nama kedua pengantin di hadiah seperti frame gambar, barangan pewter, perhiasan dinding, beg, pen dan macam-macam lagi. 

Untuk lebih istimewa, boleh juga ukir nama pengantin seperti berikut : En. Azli & Puan Elyna atau dalam ungkapan Inggeris, Mr & Mrs Azli. Mesti pasangan pengantin teruja terutama pengantin perempuan kerana inilah kali pertama dia di sebut sebagai Puan.
Contoh : Azli dan Elyna. Monogramnya akan jadi AE

Hadiah kepada pasangan mempelai perlulah praktikal dan dalam ‘budget’ yang ditetapkan. Yang paling penting ia menggembirakan pengantin dan membuatkan mereka mengingati pemberian anda.

Diharap perkongsian ini akan dapat memberi idea kepada anda untuk pemberian hadiah kelak.

Kongsi lah pendapat anda mengenai idea-idea ini...



5 comments:

  1. Hadiah yg plg mudah especially bila last minute, mestilah cash money jer kan... then pengantin boleh le beli apa2 brg yg dihajati... tp nowadays, jgnlah bg RM1 atau RM5 jer bila gi umah pengantin tu.. appreciate skit le kan sbb dah la mkn free.. hehe

    ReplyDelete
  2. @puteri ayuez
    betul tu, kalau boleh bagi la angpow yang berpatutan.... :-)

    ReplyDelete
  3. wah... semua jenis hadiah di atas ni sy suke...

    kami pernah dpt not rm1 sebanyak 100 keping ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ummi Hanie Annisa
      QG pun suka semua hadiah dalam entri ni :-)
      Yang bagi RM1 tu sangat kreatif lah! Saya suka jugak :-)

      Delete
  4. Hihi..sy suka bagi hadiah kahwin berbanding duit terutamanya buat kawan-kawan..

    kalo kawan yang betul2 rapat.. beli yg mahei sikit..hehee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...