Monday, December 19, 2011

Fridge Magnets - Cenderahati Mudah / Fridge Magnets - Easy Souvenirs


Jika kita pergi bercuti atau makan angin, kita sering membeli cenderahati untuk kawan-kawan, saudara mara dan rakan pejabat. Disini, Qaseh Gifts ingin berkongsi idea untuk cenderahati yang boleh didapati di setiap tempat-tempat menarik kita lawati. 

Pada pandangan kami, magnet merupakan cenderahati yang baik kerana ia menarik, murah dan mudah dibawa. Jadi, selepas ini jika buntu untuk membeli cenderahati, belilah magnets ;-)


Selain dari itu,magnets juga boleh dijadikan doorgifts, diletak dalam goodie bag dan sebagai kad ucapan semasa perayaan.





When holidaying, we usually  buy souvenirs for our friends, relatives and colleagues. Here, we would like to share an idea for a great souvenir which is can be easily obtained in tourist spots.

We think that magnets would make a great souvenir as its attractive, cheap and easy to pack. So the next time you don't know what to get as souvenirs, get magnets ;-)


Besides that magnets can be given as doorgifts, added in goodie bags  for corporate functions and parties and can also double as greeting cards. 

Tuesday, December 13, 2011

Tips Penyediaan ke Musim Persekolahan!



Musim sekolah yang baru bakal tiba dan setiap kelurga pasti akan menghadapi pelbagai cabaran baru rutin harian. Bunyi jam loceng, kerja sekolah dan rumah, sukan, aktiviti dan cuti persekolahan dan pelbagai acara akan mula menonjolkan diri dan menjerit meminta perhatian.

Untuk mengelakkan kecelaruan, Qaseh Gifts ingin berkongsi idea untuk menjadikan tahun 2012 tahun persekolahan yang paling seronok! Jom kita cuba idea ni:

1.        Biasakan keluarga dengan jadual baru
Minggu ketiga bulan Disember ini, bolehlah mulakan setiap hari seolah-olah sudah mula persekolahan. Tidur awal dan bangun awal. Mulalah juga membuat pelan menu untuk Januari dengan mencuba menu yang mereka mungkin akan suka dan terus letak dalam pelan menu anda.

2.        Kalender untuk semua
Letakkan satu kalender di lokasi yang selalu di lihat ahli keluarga contohnya di tempat telefon atau pintu luar peti sejuk. Buat aktiviti seperti dalm entri kami sebelum ini untuk isikan tarikh-tarikh penting untuk semua ahli keluarga. Nanti bila sudah mula sekolah, semua boleh isi aktiviti tambahan mengikut jadual baru. Mungkin setiap ahli keluarga boleh pilih satu warna supaya senang untuk mudah dikenal pasti siapa yang terlibat dalam aktiviti pada hari itu. Boleh juga tulis menu harian nanti!

3.        Buat perancangan sebelum membeli
Sebelum membeli, buat inventori apa yang ada dan tiada untuk memeulakan persekolahan, kemudian buat senarai barangan yang diperlukan bagi semua anak-anak yang akan ke sekolah. Sekiranya berkemampuan, beli awal untuk elakkan kesesakan di kedai dan kehabisan saiz.

4.        Simpan semua dokumen penting
Pastikan semua dokem penting seperti kad pengenalan ibu bapa, sijil lahir, gambar bersaiz paspot/IC, kad prestasi dan surat menyurat berkenaan persekolah di tempatkan dalam satu fail. Buat salinan bagi persedian sekiranya diperlukan nanti. Anda juga boleh menelefon sekolah untuk memastikan apa dokumen yang diperlukan.

5.        Kurangkan stress waktu pagi
Bagaimanakah keadaan setiap apgi dirumah anda? Kusut atau ceria? Buat persedian awal untuk mengelakkan kelam-kabut sebelum ke tempat kerja dan sekolah anak-anak.
Pada sebelah malam, pastikan bahan-bahan sarapan berada ditempat yang mudah diambil, sediakan baju dan isi beg dengan segala keperluan.

6.        Buat percubaan
Mungkin bunyi dan nampak remeh dan kelakar, tapi apa kata cuba buat ‘trial and error’ bagi cara dan masa yang akan diambil untuk anak ke sekolah. Pastikan dimana van/bas sekolah akan mengambil anak dan pada jam berapa. Sekiranya ‘car-pool’ pastikan jadualnya. Jangan lupa ambil nombor telefon yang penting!

7.        Kemaskini sistem di rumah anda
Tahun baru persekolahan akan mempercepatkan tempo setiap keluarga. Jom kitabuat kemaskini dirumah untuk memamstikan semuanya akan dipermudahkan menjelang Januari nanti.

Kemas rumah
Pastikan rumah anda boleh dikemas setiap hari dalam masa 15 minit. Walaupun tidak ‘tip-top’ , memadai ia adalah sentiasa sedia untuk tetamu.

Jimat masa di dapur
Buat pelan menu untuk mengelakkan soalan cepumas ‘malam ni makan apa ya?’ Anda juga boleh cuba memasak dan membekukan makanan.

Kemaskini semua kertas/surat/dokumen
Seperti saranan awal tadi, mulalah untuk membuat sistem fail di rumah anda. Ini akan memudahakan anda kelak dan mengurangkan stress anda.

Masa untuk bersedia untuk tahun persekolahan akan tiba. Jom pastikan ia bebas kelam kabut!

Sehingga bertemu lagi!

Thursday, December 1, 2011

Kalender 2012

Dalam entri '10 Idea Aktiviti Semasa Cuti Sekolah' kami ada nyatakan salah satu aktiviti semasa cuti sekolah ialah 'update' kalander untuk tahun 2012. Bagi yang ingin buat perancangan awal, kami sediakan kalender 2012 dengan tarikh-tarikh penting dan cuti sekolah.

Selamat membuat perancangan!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...