Hi semua!
Baru-baru ni Qaseh Gifts telah menghadiri satu majlis sidang media bagi acara 1Malaysia Contemporary Arts Tourism Festival (1MCAT) yang diadakan di salah sebuah pusat konvensyen ternama di segitiga emas Kuala Lumpur. Acara ni akan dijalankan sehingga bulan September 2011.
Pelbagai genre lukisan dengan pelbagai harga dipamerkan diluar bilik dimana acara diadakan. Kedatangan jemputan bagi acara ini adalah mengalakkan. Galeri lukisan yang kian bertambah menunjukkan yang Malaysia memang mempunyai pelukis yang berbakat dan rakyatnya sudah pandai menilai karya-karya ini!
Terdetik dihati, bagi yang inginkan kelainan, lukisan kanvas ini boleh dijadikan hadiah. Pemberian gambar seperti pemandangan, 'can never go wrong'. Pembelian lukisan ini juga membantu memartabatkan persada seni tanah air dan sekali gus menaikkan portfolio si pelukis. Mana tahu lukisan itu kelak akan bertambah nilai! Good investment right?
Jika diteliti, lukisan kanvas ini memang 'personalised', kreatif dan akan dikira sebagai sangat 'tasteful'. Kepelbagain lukisan ini adalah seperti berikut :
1. Pembukaan pejabat atau premis perniagaan baru
Sekiranya buntu hendak membeli sesuatu bagi rakan-rakan yang membuka pejabat baru, boleh juga belikan lukisan yang kelak akan ditempatkan di dinding pejabat tersebut. Ini akan pasti menjadi hadiah yang sentiasa menjadi ingatan pada sipenerima.
2. Hadiah ulang tahun dan ulangtahun perkahwinan
Jika memberi lukisan ini sebagai hadiah bagi ulangtahun atau ulangtahun perkahwinan, ia memang dianggap eksklusif dan pemberi akan dianggap mempunyai citarasa yang tinggi dan berprestij.
3. Hadiah bagi hadiah pengantin
Dalam entri saya di sini ada berbincang mengenai hadiah untuk pengantin. Bolehlah menambah idea baru ini! Ia adalah hadiah lain darpada yang lain.
4. Bagi memperingati sesuatu
Sekiranya ingin kelainan lagi, sebagai hadiah, bolehlah mengupah seorang pelukis untuk melukis gambar sipenerima hadiah. Mungkin selapas menimang cahayamata pertama, hari lebaran atau pelbagai lagi hari yang dianggap istimewa oleh sipenerima hadiah tersebut.
5. Mencipta sikap ingin tahu
Ia seperti hadiah yang berpanjangan. Bukan sahaja lukisan itu boleh dijadikan hadiah, ia seterusnya akan memberi ingatan yang berpanjangan kepada sipenerima. Malah, ia dapat menjadi hadiah lagi apabila generasi yang akan datang, pandai menilai hasil seni dan lebih berbudaya.
Diharap perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Dan sempena 1MCAT ni, jom meriahkan persada seni tanah air dengan membeli lukisan-lukisan yang dipamerkan di lokasi-lokasi ini.
Sehingga bertemu lagi!
No comments:
Post a Comment