Buku adalah hadiah paling sempurna dan relevan untuk sebarang situasi. Misalnya untuk seseorang yang terbatas pergerakannya seperti hanya di atas katil atau berkerusi roda di ruang litup kawasan yang terhad, buku menemani di kala kesepian, membuka minda di kala tiada teman berbicara dan boleh membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur. Selain dari ini, sebab-sebab lain yang boleh dipertimbangkan adalah :
1. Buku adalah ‘evergreen’ dan ia terus ‘memberi’ kerana sekiranya ia dikongsi atau di beri pada orang lain, ia terus menjadi panduan. Ia seperti hadiah yang boleh di buka berulang kali.
2. Ia memberi ilmu, informasi dan inspirasi. Ia membuka minda, mencipta sikap ingin tahu dan memupuk daya imaginasi.
3. Buku adalah sebuah nilai jangka panjang pada kos yang rendah.
4. Ada banyak pilihan dari segi genre, gaya penulisan, subjek dan penuli menjadikan ia mudah untuk menyesuaikan kepada sipenerima.
5. Sekiranya di beri kepada kanak-kanak, secara tidak langsung ia mencipta hubungan membaca dan kesoronokan menerima buku sebagai hadiah. Ini menguatkan jalinan diantara kanak-kanak dan buku dan memupuk minat membaca.
6. Memberi mesej kepada sipenerima buku yang sipemberi prihatin terhadap minat mereka.
7. Buku mudah didapati baik di kedai ataupun online. Sekiranya online, syarikat itu juga boleh membuat penghantaran terus kepada sipenerima.
8. Khasnya untuk kakitangan kerajaan, ia adalah hadiah neutral yang tidak akan menimbulkan spekulasi.
9. Ia boleh dijadikan hadiah bagi pelbagai acara seperti graduasi, persaraan, ulangtahun, akikah, perkahwinan dan pelbagai lagi.
10. Buku adalah hadiah yang ‘always right’ dan ‘selamat’ sekirnya pencarian hadiah menemui jalan yang buntu.
*Bagi peminat setia setia paperbacks/novel - Bahasa Melayu/ Inggeris Qaseh Gifts akan memperkenalkan produk terbaru kami. Add kami sebagai salah satu ‘favourite blog’ anda, ‘subscribe’ dan ‘follow’ blog ini supaya tidak terlepas peluang untuk mendapat produk ini pada harga pengenalan!
Nantikannya dan jumpa lagi!
Salam,
ReplyDeleteSaya sangat sukakan buku. Sangat setuju entri nie!
Follow u! follow me back. Ok TQVM!
AsSalam,
ReplyDeleteSaya juga peminat setia buku.
Nantikan sesuatu yg menarik di Qaseh Gifts ya.
TQ visit blog Qaseh Gifts dan saya dah follow Adie.