Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Qaseh Gifts



Hari ini, syukur Alhamdullilah kita telah memasuki hari ke 27 Ramadhan 1431 Hijrah dan beberapa hari lagi kita akan merayakan sambutan Aidilfitri.
Dalam kemeriahan membuat persiapan menyambut Aidilfitri, kami ingin mengingatkan semua pembaca supaya :

-       pandu berhati-hati semasa balik kampung demi menjaga keselamatan diri dan keluarga
-    pastikan rumah dan harta benda yang ditinggalkan semasa balik kampung, ditinggalkan dengan keadaan yang sempurna, selamat dan terjamin
-       berjimatlah semasa berbelanja  
-       jaga kesihatan diri dan pastikan semua ubatan yang perlu di bawa bersama

Qaseh Gifts ingin memohon maaf jika ada kesilapan, terkasar bahasa dan budi bicara semasa berinteraksi.

Semoga Aidilfitri ini mengukuhkan lagi silatulrahim antara kita.

Salam Aidilfitri dari Qaseh Gifts

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...