Wednesday, July 18, 2012

Persedian Ramadhan

Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari, mesti sudah ramai memikirkan pelbagai pengisian keagamaan bagi bulan yang mulia ni. Tapi, 'Malaysians being Malaysians' akan juga akan mula fikir juadah untuk berbuka nanti. Artikel dari BERNAMA menceritakan mengenai persediaan masyarakat Islam pada Ramadhan ni.




70 PERATUS PENGGUNA ISLAM BELI BEKALAN LEBIH CEPAT UNTUK RAMADAN, KATA NIELSEN


KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Kajian Nielsen tahun lepas menunjukkan 70 peratus daripada responden Islam menyimpan bekalan makanan tidak mudah rosak menjelang Ramadan.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa satu daripada dua pembeli mula menyimpan bekalan satu bulan lebih awal iaitu pada Julai 2011 dalam persediaan menyambut Ramadan. Ini diteruskan sehingga ketika berpuasa pada Ogos 2011 dalam persediaan menyambut Hari Raya pula, kata Nielsen, pembekal maklumat dan analisa pembelian dan kemahuan pengguna utama dunia, dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga bahan mentah telah mendorong kira-kira satu perlima pengguna Islam di Semenanjung Malaysia untuk membeli barangan tidak mudah rosak lebih awal daripada Julai untuk menghindari kemungkinan peningkatan kos pada bulan-bulan selepas itu.

Pengarah Bersekutu Nielsen Malaysia Retail Measurement Services, Sandipan Sinha berkata tawaran promosi berterusan oleh pasaraya besar juga adalah salah satu faktor untuk membeli barangan pada harga lebih rendah apabila mereka mempunyai bajet lebihan sebelum Ramadan.

“Yang penting, untuk lebih khusyuk dalam menjalani tanggungjawab keagamaan mereka serta untuk lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama keluarga, sebagai contoh, bersahur dan berbuka puasa, lima puluh peratus daripada pengguna Islam didorong untuk membeli kedua-dua barangan tidak mudah rosak dan barangan mudah rosak, makanan beku dan produk masakan untuk memasak di rumah,” katanya.

Hampir sembilan daripada 10 pengguna Islam berkata mereka makan di rumah sepanjang Ramadan tahun lepas.

Tabiat menyimpan bekalan juga berlaku setiap kali menjelang Hari Raya sempena perayaan itu dan ini disebabkan kebimbangan tentang kehabisan barangan promosi perayaan, katanya.
 
Sinha berkata makanan ruji seperti beras, minyak masak, dan perasa dan sos adalah tiga produk utama yang disimpan.

Mengenai perbelanjaan ketika Ramadan, 44 peratus daripada responden Islam berkata mereka telah meningkatkan bajet mereka tahun ke tahun, 43 peratus mengekalkan bajet sementara 13 peratus berjaya mengurangkan perbelanjaan .

Menurut kajian itu, rakyat Malaysia adalah pencari promosi yang kedua paling prolifik di Asia Pasifik, dan tiga daripada lima responden Islam berkata mereka membeli barangan ketika tawaran diskaun.

Kajian Nielsen Household Omnibus 2011 dijalankan antara 14 Okt dan Nov 9, 2011 dan mengumpulkan 600 pembeli barangan dapur utama berusia 15 tahun ke atas di kawasan bandar dan luar bandar Semenanjung Malaysia.

Kira-kira 61 peratus daripada populasi Malaysia beragama Islam dan mereka dijangka mula berpuasa Sabtu ini.

– BERNAMA

2 comments:

  1. tak beli apa2 bekalan pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... ye ke bee... Qaseh Gifts termasuk dalam statistik Nielsen :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...