Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari, mesti sudah ramai memikirkan pelbagai pengisian keagamaan bagi bulan yang mulia ni. Tapi, 'Malaysians being Malaysians' akan juga akan mula fikir juadah untuk berbuka nanti. Artikel dari BERNAMA menceritakan mengenai persediaan masyarakat Islam pada Ramadhan ni.
70 PERATUS PENGGUNA ISLAM BELI BEKALAN LEBIH CEPAT UNTUK RAMADAN, KATA NIELSEN
KUALA
LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Kajian Nielsen tahun lepas menunjukkan 70 peratus
daripada responden Islam menyimpan bekalan makanan tidak mudah rosak menjelang
Ramadan.
Kajian
itu juga menunjukkan bahawa satu daripada dua pembeli mula menyimpan bekalan
satu bulan lebih awal iaitu pada Julai 2011 dalam persediaan menyambut Ramadan.
Ini diteruskan sehingga ketika berpuasa pada Ogos 2011 dalam persediaan
menyambut Hari Raya pula, kata Nielsen, pembekal maklumat dan analisa pembelian
dan kemahuan pengguna utama dunia, dalam satu kenyataan hari ini.
Ia
juga berkata, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga bahan mentah telah
mendorong kira-kira satu perlima pengguna Islam di Semenanjung Malaysia untuk
membeli barangan tidak mudah rosak lebih awal daripada Julai untuk menghindari
kemungkinan peningkatan kos pada bulan-bulan selepas itu.
Pengarah
Bersekutu Nielsen Malaysia Retail Measurement Services, Sandipan Sinha berkata
tawaran promosi berterusan oleh pasaraya besar juga adalah salah satu faktor
untuk membeli barangan pada harga lebih rendah apabila mereka mempunyai bajet
lebihan sebelum Ramadan.
“Yang
penting, untuk lebih khusyuk dalam menjalani tanggungjawab keagamaan mereka
serta untuk lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama keluarga, sebagai
contoh, bersahur dan berbuka puasa, lima puluh peratus daripada pengguna Islam
didorong untuk membeli kedua-dua barangan tidak mudah rosak dan barangan mudah
rosak, makanan beku dan produk masakan untuk memasak di rumah,” katanya.
Hampir
sembilan daripada 10 pengguna Islam berkata mereka makan di rumah sepanjang
Ramadan tahun lepas.
Tabiat
menyimpan bekalan juga berlaku setiap kali menjelang Hari Raya sempena perayaan
itu dan ini disebabkan kebimbangan tentang kehabisan barangan promosi perayaan,
katanya.
Sinha
berkata makanan ruji seperti beras, minyak masak, dan perasa dan sos adalah
tiga produk utama yang disimpan.
Mengenai
perbelanjaan ketika Ramadan, 44 peratus daripada responden Islam berkata mereka
telah meningkatkan bajet mereka tahun ke tahun, 43 peratus mengekalkan bajet
sementara 13 peratus berjaya mengurangkan perbelanjaan .
Menurut
kajian itu, rakyat Malaysia adalah pencari promosi yang kedua paling prolifik
di Asia Pasifik, dan tiga daripada lima responden Islam berkata mereka membeli
barangan ketika tawaran diskaun.
Kajian Nielsen Household Omnibus 2011 dijalankan antara 14 Okt dan Nov 9, 2011 dan mengumpulkan 600 pembeli barangan dapur utama berusia 15 tahun ke atas di kawasan bandar dan luar bandar Semenanjung Malaysia.
Kira-kira 61 peratus daripada populasi Malaysia beragama Islam dan mereka dijangka mula berpuasa Sabtu ini.
– BERNAMA
tak beli apa2 bekalan pun :)
ReplyDeletewah... ye ke bee... Qaseh Gifts termasuk dalam statistik Nielsen :-)
Delete