Tuesday, January 10, 2012

Hadiah, Bajet dan Perancangan

Salam tahun baru untuk semua!

Selepas sibuk dengan mulanya persekolahan pasti semua sudah boleh menarik nafas sedikit dan fokus kepada perkara-perkara lain yang telah diabaikan.

Pasti juga ada yang sudah membuat azam baru untuk tahun 2012. Untuk setiap azam baru itu, panduan yang perlu diikuti adalah:
1. Menulis azam anda dan jangkamasa,
2. Bertanggungjawab untuk melaksanakannya
3. Dan sekiranya tergelincir - bangun dan cuba lagi. Masih ada 11 bulan untuk mencapai matlamat anda!



Awal tahun ini, Qaseh Gifts ingin berkongsi dengan anda tentang Hadiah, Bajet dan Perancangan. Sekiranya anda ada membuat kemaskini kelander 2012 seperti disini, anda sudah tahu semua tarikh-tarikh penting termasuk ulangtahun, jemputan ke majlis-majlis dan pelbagai lagi. Jom kita gunakan garis panduan ini :

1. Bila semua tarikh-tarikh penting sudah dikenal pasti, anda boleh mula menyenaraikan hadiah yang sesuai untuk setiap orang/majlis dan bajet anda.

2. Dengan perancangan awal, anda boleh memikirkan hadiah yang paling sesuai mengikut kemahuan, keperluan dan  kegunaannya kepada bakal penerima. Kualiti dan keprihatinan anda lebih penting dari kuantiti. Anda boleh mula buat senarai - Nama penerima, apakah hadiah yang akan diberi dan bajet anda untuk hadiah itu.

3. Sekiranya anda sudah membuat senarai tersebut, cetak dan simpan didalam beg duit anda. Ini akan memudahkan anda, kerana anda tidak tahu bila anda akan jumpa barangan atau harga yang menarik!

4. Satu lagi yang kami ingin ingatkan, menderma juga boleh dimasukkan dalam senarai perancangan anda. Berapa jumlah atau apapun pemberian, asalkan ikhlas akan mendapat kebaikan akhirnya.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

32 comments:

  1. bagus juga cara ni, tak pernah terfikir nak buat macam ni pun.

    ReplyDelete
  2. hmm..entri yg menarik..boleh ditry ni..

    ReplyDelete
  3. tq sis....plan terbaik ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  4. @intan berlian
    tq intan, cuba idea ni ya nanti

    ReplyDelete
  5. @GH
    tq baca entri ni. Cuba ya. Kain 'cotton' yang GH jual tu pun boleh jadi hadiah :-)

    ReplyDelete
  6. @cikpuanhady
    tq jengah blog ni. Try ya idea ni...

    ReplyDelete
  7. @kak long
    cara ni sesuai untuk plan hadiah sepanjang tahun. Awak tu pun tak lama lagi bertambah ahli keluarganya... :-)

    ReplyDelete
  8. @mashitah
    terima kasih singgah blog ni. Cuba ya idea ni...

    ReplyDelete
  9. salam ...

    terima kasih kerna sudi singgah ke blog berbudi pada tanah..

    bagus cadangan nie ... bleh la cuba nnti

    ReplyDelete
  10. @Kebun070707
    Walaikumsalam.
    Terima kasih juga atas kunjungan ke blog Qaseh Gifts.
    Nanti cubalah idea ni ya....

    ReplyDelete
  11. xjumpa mana entry abg ben tu..
    komen tak dapat di siarkan kerana takut spam..

    http://www.nornadiah.com/2011/11/spam-link-dalam-kotak-komen.html

    ReplyDelete
  12. BUI SELALU BAGI HADIAH BIRTHDAY KAT HUBBY DAN ANAK2 JER..KALAU AHLI KELUARGA YG LAIN SELALU BELANJA MAKAN

    ReplyDelete
  13. sempena hari lahir saya, ada yang bagi duit dan suh saya beli sendiri hadiah apa yg saya nak.. hehehehe hilang surprise nya tetapi sebab dia takut benda yang dia bagi nnt saya tak guna.

    ok gak kan

    ReplyDelete
  14. @miss nadya
    sorry, Qaseh Gifts tersalah baca entry abg ben, ingat exchange link je, rupanya kena buat entry. Sorry again....

    ReplyDelete
  15. @bui
    bagus jugak buat macam tu. Kalau yang bui belanja makan tu, mungkin boleh tengok discounts menarik di groupon.com atau mydeals. Boleh beli dulu, lepas tu gunakan bila hari nak belanja family makan.. selamat mencuba...

    ReplyDelete
  16. @delarocha
    ok jugak tu... maknanya orangtu dah buat homework dia ;-)!Awal2 dah plan nak bagi duit kat delarocha. Kalau delarocha, macamana pulak? lebih suka bagi duit atau hadiah? :-)

    ReplyDelete
  17. Salam...
    TQ sudi jenguk blok to be remember..n bagus cadangan nie ... bleh la cuba nnt

    ReplyDelete
  18. @ Nur Hasyimah Mahasan
    Tq jugak singgah sini, datang selalu ya... cuba cadangan ni...

    ReplyDelete
  19. Dulu masa masih bekerja, memang buat mcm ni.. plan awal2 tiap besday adik2 @ mana majlis kenduri semua masuk dlm organiser/kalender..

    tp sejak dah tak koje ni, dah mandang duit poket sendiri.. maka, hanya ucapan jer la yg mampu diberi..

    ReplyDelete
  20. @kak yong
    ucapan pun jadilah, tanda ingatan tu penting jugak :-)

    ReplyDelete
  21. wah blog ini memaparkan tips yang bagus! keep it up. Saya ni selalu tangguhkan kerja macamnana ye???

    Nyway..thanks follow blog azza ye, azza juga follow disini sebagai tanda persahabatan.. Teruskan menulis, sentiasa menantikan entry baru untuk saya stalker hehe.

    10 Tips Mudah Ringankan Blog -->
    http://azzaazman.blogspot.com/2011/08/tip-ringankan-blog.html

    ReplyDelete
  22. @azza azman
    thx azza...singgah selalu ya :-)

    ReplyDelete
  23. kena ada azam tinggi baru boleh laksanakan..:)

    ReplyDelete
  24. @Puan Kutu
    betul tu... tapi boleh mula sikit2... kalau tak bagi hadiah pun, e-kad atau kad ucapan biasa pun boleh... :-)

    ReplyDelete
  25. Perancangan awal utk sediakan hadiah tu mmg tips yg menarik.. yela selalunya tiap2 thn kita lupa nk get ready.. bila dah dkt bru nak ingat.. mula le bajet pn lari.. hehe

    ReplyDelete
  26. salam... sy promo blog ni kat blog saya k...

    ReplyDelete
  27. @Pn. Shiela,
    terima kasih ya... :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...