Monday, October 24, 2011

8 Hadiah Unik untuk Kanak-kanak

Idea menarik yang kami ingin kongsi ini melibatkan kos yang minimal dan memaksimakan kreativiti kanak-kanak.

1.    Program jangka pendek
Mungkin boleh menghadiahkan yuran bagi kelas renang, lukisan, memasak, grooming dan pelbagai lagi. Sudah banyak program ini di luar sana. Cuma perlu buat research mengenainya dan sesuaikan dengan si comel yang akan menerima hadiah itu.
Program begini akan memberi kesan jangka panjang dan berguna bagi menambah keyakinan diri mereka.
  

2.    Barangan kraf


Anda boleh beri barangan untuk kraf seperti buku dan kertas origami dan juga kumpulkan gam, kertas berwarna, benang mengait, kain perca dan pelbagai barangan yang boleh dijadikan hasil kraf.
Ia akan menjadikan kanak-kanak kreatif dan memenuhkan masa yang terluang dengan aktiviti yang melekakan.

3.    Biskut/Cookie yang boleh dihias


Letakkan dalam bakul, 1 bungkus biskut biasa dan letakan gula icing dan pelbagai hiasan yang boleh dimakan seperti chocolate chip, ‘sprinkles’ stars atau hearts, dan pelbagai lagi yang mudah didapati di kedai barangan bakeri.
Biskut yang sudah dihias, ia boleh di makan dan mengembirakan semua yang terilibat dalam aktiviti itu.


4.    Buku
Baca disini tentang buku sebagai hadiah.


5.    ‘Sehari di rumah kawan’
Anak anda boleh menjemput kawannya meluangkan masa di rumah. Mungkin makan tengahari dan bermain video game di ikuti dengan minum petang. Pada sebelah malam, kedua ibu bapa kedua belah pihak boleh bertemu dan makan malam bersama-sama.

Mungkin boleh buat pyjama party atau spa party bagi yang berminat J.

6.    Masa
Kanak-kanak merasakan ibu bapa mereka adalah hadiah paling istimewa yang mereka boleh perolehi. Luangkan masa bersama mereka – mewarna, berbasikal, buat puzzle, pergi ke taman permainan, main khemah-khemah atau masak-masak adalah antara perkara yang boleh dibuat. Mungkin kita rasa atau nampak remeh, tapi pada mereka, ia menunjukkan anda prihatin.


7.    Menerapkan nilai murni


Mungkin sebagai hadiah, anda boleh menerapkan konsep memberi kepada yang memerlukan. Bawa anak anda and si penerima hadiah untuk membeli makanan harian yang utama seperti beras, susu dan minyak dan hantarkan kepada mereka yang memerlukan. Sebagai hadiah untuk si birthday girl/boy, bawa lah mereka makan di restoran pada hari itu.


8.    Green gift
Ajak anak-anak ke nursery/ tapak semaian/kedai menjual pokok dan biar mereka pilih satu pokok untuk dijadikan hadiah. Ia kemudian boleh ditanam di rumah si penerima kelak.


Selamat mencuba!

4 comments:

  1. bagus tips tu anak2 suka sangat , saya buat craft flet dgn anak2 .

    ReplyDelete
  2. PuanBee, nanti try yg lain2 tu and share lah kat sini... :-)

    ReplyDelete
  3. Sya xde anak lagi.mungkin dimasa akan datang akan dipraktikkan. TQ

    ReplyDelete
  4. ok mekar, nanti jenguk-jengukla lagi, mana tau ada tips2 lain yang boleh di praktikkan :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...