Tuesday, September 18, 2012

5 Idea Hadiah Bagi Yang Aktif Bersukan




Kali ini, Qaseh Gifts ingin berkongsi tips-tips untuk membeli hadiah bagi seseorangyang aktif bersukan atau‘sporty’. Ia boleh menjadi sangat mencabar membeli hadiah untuk mereka-mereka ini kerana berkemungkinanmereka telah membeli semua alat yang merekaperlukan oleh diri mereka, dari kasut bersukan ke GPS. Apa lagi barangan yang ada dan anda boleh berikan kepada mereka untuk menunjukkanbahawa anda memberi perhatian kepada minat mereka?

Kami akan umumkan sesuatu yang istimewa untuk pembaca di akhir artikel ini!


1. Langganan Majalah

Semua sukan yang popular mempunyai majalah mereka sendiri yang berdedikasi dan rak di kedai buku penuh majalah dari bolasepak, berbasikal, triatlon dan pelbagai lagi. Apakata beli langganan majalah tersebut sebagai hadiah untuk mereka?

2. Percubaan Keahlian Gim
Jika mereka adalah penunggang basikal, pendaki gunung mahupun ‘joggers’yang tegar, terdapat beberapa kali dalam setiap tahun apabila ianya adalah mustahil untuk melakukan aktiviti yang mereka gemari itu disebabkan oleh faktor cuaca dan masa. Pada masa-masa seperti ini, mereka mungkin menghargai pilihan untuk pergi ke gim - dan kemudian menggunakan sauna, bilik wap atau kolam renang selepas itu. Anda mungkin boleh memberikan mereka pas percubaan 1 bulan di mana-mana gim.

3. Apps Telefon Pintar
Terdapat beberapa Apps Telefon Pintar yang berguna untuk sukan seperti berlari dan berbasikal dan banyak lagi - mereka mengintegrasikan dengan memantau BlueTooth kadarjantung dan GPS dalam telefon pintar, dan membolehkan atlet untuk memetakan kemajuan mereka dan merekodkan masa mereka. Kebanyakan Apps mempunyai asas percuma download, tetapi untuk menaik taraf kepada versi 'Pro App' memerlukanpembelian. Ini biasanya satu perkara yang mudah dan murah untuk dilakukan tetapi‘its the thought that counts’. Anda boleh membeli sekeping kad ucapan dan meletakkan jumlah RM bagi menaik taraf kepada versi 'Pro App' dan memberitahu mereka bahawa ia adalah supaya mereka boleh mendaftar versi'Pro App' kegemaran mereka.
 
4. Baucer Hadiah Spa
Mungkin sukan orang dalam hidup anda memerlukan memanjakan diri selepas bersenam? Menarik juga jika anda dapat membeli baucar spa dari spa tempatan anda, supaya mereka boleh mendapatkan urutan untuk melegakan sakit-sakit.

5. Beg Sukan Yang Tahan Lasak
Setiap mereka yang ‘sporty’ akan memerlukan sekurang-kurangnya 1 beg sukan yang tahan lasak untuk dibawa bersama semasa menjalankan aktiviti sukan kegemaran mereka. Seharusnya beg itu diperbuat dari bahan yang berkualiti, menjamin keselesaan dan memberikan fungsi yang optimum. Qaseh Gifts sangat menggemari jenama Deuter disebabkan oleh kepelbagain yang diberi kepada pengguna dan kualitinya. Beg-beg mereka memang sangat menarik!


Dan seperti dijanjikan, Qaseh Gifts ingin umumkan yang kami ada harga istimewa bagi beg-beg Deuter ini. Anda boleh melawati laman web Deuter dan sekiranya anda berminat dengan mana-mana beg, boleh emailkan kodnya kepada qasehgifts@gmail.com dan kami akan memberikan anda harga yang sangat istimewa.


Sehingga bertemu lagi!

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...