Monday, July 23, 2012

Menu Berbuka Puasa 2012


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Qaseh Gifts ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca.

Seperti tahun lepas, Qaseh Gifts ingin berkongsi cadangan menu berbuka puasa. Menu ini jika dimanfaatkan sepenuhnya akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerana ia adalah perancangan awal untuk pembelian barangan dapur. Malah ia juga dapatkan menjimatkan masa dan mengurangkan kekusutan untuk memikirkan menu setiap hari.
 
Sekiranya melawati Bazaar Ramadhan, belilah dengan berhemah dan pastikan setiap pembelian anda itu tidak akan dibazirkan. Penjimatan ini nanti boleh digunakan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.
 
Minggu Pertama
21 Sabtu          Nasi Lemak Dengan Ayam Goreng
Kurma & Tembikai

22 Ahad        
Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Timun
Kurma & Murtabak
Minggu Kedua
23 Isnin      
Ikan Masak 3 Rasa, Sup Sayur, Telur Dadar
Kurma & Onde-onde

24 Selasa       
Daging Kicap, Sambal Cili Api Ikan Bilis, Tauge Masak Lemak Putih
Kurma & Pudding Koktel Buahan

25 Rabu         
Pucuk dan Suhun Masak Lemak Cili Api, Ayam Goreng, Kailan Sos Tiram,
Kurma & Tembikai

26 Khamis      
Asam Pedas Ikan,  Kobis Goreng, Telur Masin
Kurma & Kuih Muih
27 Jumaat      
Udang Masak Lemak, Paru Goreng Berlada, Ulaman & Sambal Belacan,
Kurma & Jemput-jemput Pisang

28 Sabtu        
Nasi Beriyani Daging, Kuah Dhal, Acar
Kurma & Agar-Agar dan Ais Krim

29 Ahad        
Nasi Kerabu, Solok Lada, Ikan Goreng, Keropok Ikan
Kurma & Kuih Akok
Minggu Ketiga
30 Isnin          
Paprik Ayam, Udang Goreng Tepung, Sayur Campur, Telur Dadar
Kurma & Dadih

31 Selasa       
Rendang Ayam, Ikan Sweet Sour, Sayur Campur
Kurma & Murtabak

(Ogos)
1 Rabu   
Daging Masak Kicap, Pajeri Nenas, Kobis Goreng
Kurma & Agar-Agar

2 Khamis         
Sotong Masak Goreng Kunyit, Telur Masak Kicap, Kerabu Taugeh
Kurma & Kuih Muih

3 Jumaat       
Sambal Telur, Ayam Goreng Berempah, Sayur Kangkung Goreng Berkuah
Kurma & Bubur Cha-cha

4 Sabtu          
Kari Ikan Masin, Sayur Kobis Goreng, Telur Dadar, Ulaman & Sambal Belacan
Kurma & Cream Caramel

5 Ahad           
Nasi Tomato, Kari Dalca, Ayam Masak Merah, Papadom
Kurma & Kuih Ketayap
Minggu Ketiga
 6 Isnin               
Nasi Lemak Dengan Ayam Goreng
Kurma & Tembikai

7 Selasa        
Nasi Goreng Black Pepper, Ayam Goreng, Asparagus dengan Udang
Kurma & Cendol

8 Rabu            
Ikan Cencaru Sumbat, Sayur Kobis Masak Lemak Putih, Sambal Gesek
Kurma & Pisang Goreng

9 Khamis         
Nasi Ayam Hainan, Kerabu Mangga
Kurma & Roti Jala dengan Kari / Kaya

10 Jumaat       
Daging Masak Kurma, Ayam Kung Po, Sayur Campur, Ikan Masin,
Kurma & Jemput-Jemput Ikan Bilis

11 Sabtu         
Nasi Arab / Bubur lambuk
Kurma & Kuih Muih

12 Ahad          
Nasi Kerabu, Solok Lada, Ikan Goreng, Keropok Ikan
Kurma & Kuih Lompat Tikam

Minggu Keempat
13 Isnin           

Seafood Tomyam, Telur Bungkus,  Kangkung Goreng Belacan,
Kurma & Betik

14 Selasa        

Ikan Masak Pindang, Sayur Buncis Goreng, Telur Dadar, Sambal Belacan
Kurma & Agar-agar dengan Ais Krim

15 Rabu          

Udang Masak Kari, Ulaman &Sambal Belacan, Ikan Masin, Telur Dadar,
Kurma & Kek Pisang

16 Khamis      
Asam Pedas Ikan, Tofu Jepun dengan Sos Tiram, Sayur Campur
Kurma & Pengat Keledek

17 Jumaat     
Daging Masak Black Pepper, Ikan Siakap Kukus, Taugeh Goreng,
Kurma & Buah Pisang
18 Sabtu         

Nasi Arab
Kurma & Kuih Muih

19 Ahad      
HARI RAYA AIDILFITRI

Minggu Kelima

 20 Isnin            
HARI RAYA AIDILFITRI 
 
 
Ini adalah contoh, anda ubah suai mengikut citarasa anda ya.

Selamat merancang menu dan berbuka puasa.

Wednesday, July 18, 2012

Persedian Ramadhan

Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari, mesti sudah ramai memikirkan pelbagai pengisian keagamaan bagi bulan yang mulia ni. Tapi, 'Malaysians being Malaysians' akan juga akan mula fikir juadah untuk berbuka nanti. Artikel dari BERNAMA menceritakan mengenai persediaan masyarakat Islam pada Ramadhan ni.




70 PERATUS PENGGUNA ISLAM BELI BEKALAN LEBIH CEPAT UNTUK RAMADAN, KATA NIELSEN


KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — Kajian Nielsen tahun lepas menunjukkan 70 peratus daripada responden Islam menyimpan bekalan makanan tidak mudah rosak menjelang Ramadan.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa satu daripada dua pembeli mula menyimpan bekalan satu bulan lebih awal iaitu pada Julai 2011 dalam persediaan menyambut Ramadan. Ini diteruskan sehingga ketika berpuasa pada Ogos 2011 dalam persediaan menyambut Hari Raya pula, kata Nielsen, pembekal maklumat dan analisa pembelian dan kemahuan pengguna utama dunia, dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga bahan mentah telah mendorong kira-kira satu perlima pengguna Islam di Semenanjung Malaysia untuk membeli barangan tidak mudah rosak lebih awal daripada Julai untuk menghindari kemungkinan peningkatan kos pada bulan-bulan selepas itu.

Pengarah Bersekutu Nielsen Malaysia Retail Measurement Services, Sandipan Sinha berkata tawaran promosi berterusan oleh pasaraya besar juga adalah salah satu faktor untuk membeli barangan pada harga lebih rendah apabila mereka mempunyai bajet lebihan sebelum Ramadan.

“Yang penting, untuk lebih khusyuk dalam menjalani tanggungjawab keagamaan mereka serta untuk lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama keluarga, sebagai contoh, bersahur dan berbuka puasa, lima puluh peratus daripada pengguna Islam didorong untuk membeli kedua-dua barangan tidak mudah rosak dan barangan mudah rosak, makanan beku dan produk masakan untuk memasak di rumah,” katanya.

Hampir sembilan daripada 10 pengguna Islam berkata mereka makan di rumah sepanjang Ramadan tahun lepas.

Tabiat menyimpan bekalan juga berlaku setiap kali menjelang Hari Raya sempena perayaan itu dan ini disebabkan kebimbangan tentang kehabisan barangan promosi perayaan, katanya.
 
Sinha berkata makanan ruji seperti beras, minyak masak, dan perasa dan sos adalah tiga produk utama yang disimpan.

Mengenai perbelanjaan ketika Ramadan, 44 peratus daripada responden Islam berkata mereka telah meningkatkan bajet mereka tahun ke tahun, 43 peratus mengekalkan bajet sementara 13 peratus berjaya mengurangkan perbelanjaan .

Menurut kajian itu, rakyat Malaysia adalah pencari promosi yang kedua paling prolifik di Asia Pasifik, dan tiga daripada lima responden Islam berkata mereka membeli barangan ketika tawaran diskaun.

Kajian Nielsen Household Omnibus 2011 dijalankan antara 14 Okt dan Nov 9, 2011 dan mengumpulkan 600 pembeli barangan dapur utama berusia 15 tahun ke atas di kawasan bandar dan luar bandar Semenanjung Malaysia.

Kira-kira 61 peratus daripada populasi Malaysia beragama Islam dan mereka dijangka mula berpuasa Sabtu ini.

– BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...