Wednesday, June 6, 2012

Kalender 2013

Dalam kesibukan harian kita, tanpa sedar 2012 sudah hampir setengah tahun. Bagi yang ada membuat resolusi, sudah adakah yang dicapai?

Bagi Qaseh Gifts, bulan-bulan yang menghampiri Ramadhan akan mula menjadi sibuk untuk persedian keluaran hamper Ramadhan & Aidilfitri (nantikan kemunculannya ya!). Menu berbuka puasa seperti ini dan majlis pengisian bagi Ramadhan pun mula dirancang. Sememangnya Ramadhan menjadi bulan yang di nantikan oleh seluruh umat Islam. Tak lupa juga persiapan bagi hari lebaran juga akan turut diambil kira. Semoga apa yang di rancang oleh kita semua akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatanNya.

Oleh kerana entri dalam blog ini ada banyak menulis mengenai perancangan, sesuailah kalau kali ni, disertakan kalender 2013. Diharap kalender ini akan dapat membantu anda dalam apa jenis perancangan. Lagi-lagi bila ada promosi dari syarikat penerbangan, bolehlah kita buat perancangan percutian dengan lebih baik dan kos efektif.

Sekiranya inginkan salinan kalender ini, email pada kami ya.
 
Selamat membuat perancangan!

6 comments:

  1. saya nak tau cuti sekolah utk tahun depan...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @wahida
      ada dlm kalender tu.... dah boleh buat 'planning' nak gi jalan-jalan :-)

      Delete
  2. OWWW..CEPATNYA MASA BERLALU..DH NAK 2013..

    ReplyDelete
  3. bolehlah print dan tampal..utk senang ambil cuti tahun depan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @MamaEma
      silakan... buat masa ni, hujung bulan januari nampak menarik kalau nak cuti panjang :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...