Tuesday, November 22, 2011
Malaysia Juara Bolasepak Sukan SEA 2011! / Malaysia is SEA Games 2011 Football Champion!
Ini adalah hadiah yang sangat bermakna bagi semua warga Malaysia!
Skuad Harimau Muda telah mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi juara Bolasepak Sukan Sea Semalam. Baca mengenainya disini Utusan Malaysia Online - Sukan Sea
Thaniah - Kami sangat bangga dengan pencapaian anda!
This is indeed a special gift to all Malaysians!
Our 'Skuad Harimau Muda' did Malaysia proud yesterday when they won the finals last night. Read more about it here Brave Harimau douse Indonesian fire with penalty shootout victory
Congratulations - We're proud of you!
Monday, November 21, 2011
10 Idea Aktiviti Semasa Cuti Sekolah
Masa yang dinanti-nantikan oleh semua kanak-kanak sekolah sudah tiba! Ibu bapa juga mesti tengah berfikir apa yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah ini. Jom kongsi idea mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi memanfaatkan masa anak-anak yang terluang.
1. Kem
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ni. Merangkumi perkara rohani dan jasmani, kem-kem ini dapat memberi ilmu dan membina keyakinan diri anak-anak.
2. Kraf
Pelbagai jenis kraf boleh dibuat dan tahap kesukaran juga adalah berbeza. Sekiranya membuat kraf patikan ia adalah sesuatu yang akan membuat anak-anak gembira dan paling penting buatlah kraf dari bahan yang boleh dikitar semula.
3. Belajar skill baru
Mungkin ada yang mahu mengambil kelas renang, kelas menunggang kuda, kelas memasak, kelas Iqra, kelas kraf, kelas muzik, klinik sukan dan apa sahaja jenis kelas jangka pendek. Masa inilah boleh digunakan untuk kita selidik mengenai minat anak-anak. Sekiranya berminat dan ada potensi, bolehlah ambil kelas ‘advance’. Untuk yang berminat bersukan, memang patut diberi pendedahan kerana sekolah –sekolah sedang menerapkan ‘1 Murid 1 Sukan’, tak rugi mencuba.
4. Membuat lawatan ke tempat-tempat menarik
Ini termasuklah muzium, zoo, perpustakaan negara, pusat sains, galeri seni lukis, air terjun, laut dan pelbagai lagi tempat-tempat menarik. Dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di lokasi-lokasi tersebut. Gunakan kreativiti anda dan ajak anak-anak anda memberi idea untuk menjadikan lawatan kali ini lebih menarik dan bermakna.
5. Membaca
Mungkin anda boleh beri tempoh untuk membaca satu buku cerita dan bila sudah selesai membaca, boleh berknogsi bercerita tentang buku tersebut. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberikan keyakinan untuk pengucapan awam. Sekiranya ingin membeli buku yang murah semasa terdekat, sila klik di sini.
6. Bergotong-royong
Ajak anak-anak anda bergotong royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Suasana persikitaran yang bersih akan mempromosikan harmoni di dalam keluarga. Sekiranya ada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, bolehlah dihantar kepada mereka yang lebih memerlukannya.
7. Berkebun
Mungkin remeh, tapi bercucuk tanam mengajar anak-anak sifat sabar dan juga tanggungjawab malah anda boleh terapkan matapelajaran sains sambil aktiviti dijalankan. Jika bermula sekarang, pada penghujung cuti sekolah nanti, tanaman yang diusahakan akan membuahkan hasil!
8. Hiburan
Sekiranya mempunyai peruntukan yang lebih, bolehlah menbawa anak-anak menonton wayang atau bermain ‘games’ di pusat hiburan. Tetapi aktiviti bolehlah disimpan sebagai aktiviti yang paling akhir dilakukuan bersama sebagai keluarga kerana banyak lagi yang menarik yang boleh dilakukan dan memberikan manfaat.
9. Kemaskini kalender 2012
Semua ahli keluarga boleh turut serta dalam aktiviti ini. Sediakan kalendar 2012 dengan meletakkan cuti umum, cuti sekolah, harijadi keluarga dan kawan-kawan, menu yang ingin disediakan bagi bulan Januari dan pelbagai perkara lagi boleh dimuatkan dalam kalender ini. Permulaan awal ini akan memupuk sifat ‘organization’ dalam diri anak-anak.
10. Bersedia untuk sekolah tahun depan J
Pada cuti ini bolehlah beransur-ansur untuk mendapatkan barang-barang yang diperlukan bagi tahun hadapan. Balut buku sekolah, tentukan ‘transport’, potong rambut, kemas bilik dan meja belajar. Semoga dengan perancangan awal dapat memanfaatkan semua dan memberikan motivasi kepada anak-anak untuk belajar.
Selamat bercuti dan mencuba idea-idea ini!
Tuesday, November 1, 2011
Big Bad Wolf Aftermath Sale 2011
Seperti yang dijanjikan, Qaseh Gifts akan memaklumkan sekiranya ada lagi jualan buku Big Bad Wolf. Kali ini buku jualan adalah lebihan jualan di MAEPS yang lalu dan kualiti luaran beberapa buku mungkin berkurangan.
Kepada yang tidak berpeluang ke MAEPS, inilah masa terbaik untuk menambah stok buku anda. Untuk yang memang tidak pernah jemu membeli dan membaca, pastikan simpan duit untuk acara tersebut!
Baca artikel kami 10 sebab buku adalah hadiah terbaik di sini.
As promised, we will update all if another sale happens. So this time around the books are leftovers of the previous sale in MAEPS so some books could be slightly damaged, dented or in less-than-perfect condition.
For those who missed the one in MAEPS, this would be a great opportunity to stock up on your books. For those who can’t get enough of books, get your wallets ready!
Read 10 reasons why books make great gifts here.
Big Bad Wolf Aftermath Sale
24 to 28 November 2011
South City Plaza, Seri Kembangan
10am to 9pm
Price Range : RM5 and below
Acara ini boleh juga dijadikan aktiviti keluarga semasa cuti sekolah akan datang. Jom jadikan membaca budaya kita!
Subscribe to:
Posts (Atom)