Tuesday, August 2, 2011

Menu Berbuka Puasa 2011

Selamat berpuasa semua!

Ini adalah hari kedua berpuasa dan mungkin sudah ramai yang melawati Bazaar Ramadhan berdekatan kawasan rumah masing-masing. Bagi yang lebih sukakan masak sendiri, tentu dah terfikir atau merancang juadah berbuka puasa setiap hari.

Sekiranya anda ke Bazaar Ramadhan, belilah dengan berhemah dan pastikan setiap pembelian anda itu tidak akan dibazirkan. Harga barangan yang mahal menyebabkan harga makanan turut meningkat, maka buatlah keputusan yang betul.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Qaseh Gifts ingin berkongsi cadangan menu berbuka puasa. Dengan adanya menu ini, anda boleh lebih kurang merancang juadah pada setiap hari. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan duit tu nanti boleh pula disalurkan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

Minggu Pertama

1 Isnin                   Asam Pedas Ikan,  Kobis Goreng, Telur Masin
                                Kurma & Kuih Muih

2 Selasa                Daging kicap, Sayur tauge masak lemak putih,
Kurma & Buah epal

3 Rabu                   Ayam goreng berempah,  Sayur kobis goreng,
 Kurma & Tembikai

4 Khamis              Ikan masak 3 rasa, Sayur air petola, Telur dadar,
Kurma & Pisang.

5 Jumaat              Udang masak lemak,  Ulaman &sambal belacan,
Ikan masin, Telur Dadar,
Kurma & Kek pisang

6 Sabtu                  Nasi lemak dengan ayam goreng
Kurma & Tembikai

7 Ahad                  Bubur Lambuk
Kurma & Murtabak


Minggu Kedua

8 Isnin                    Sambal telur,
Sayur kangkung goreng berkuah,
Kurma & Pisang

9 Selasa                Sotong masak goreng kunyit,
Telur masak kicap,
Sayur kobis goreng,
                               Kurma & Kuih Muih

10 Rabu               Paprik seafood,
Sayur campur,
Kurma & Dadih

11 Khamis            Ayam masak merah,
Sayur buncis goreng,
Kurma & Murtabak

12 Jumaat             Daging masak kicap,
Pajeri nenas,
Kurma & Agar-agar

13 Sabtu              Nasi beriyani daging,
Kuah dhal,
Acar,
Kurma & Agar-agar

14 Ahad                Nasi Kerabu
Kurma & Murtabak

Minggu Ketiga

15 Isnin                Kari ikan masin,
Sayur Kobis Goreng,
Kurma & Cream Caramel

16 Selasa             Sup ayam,
Ulaman &sambal belacan,
Ikan masin, Telur Dadar,
Kurma & Pisang

17 Rabu               Daging masak kurma,
Sayur campur,
Ikan masin,
Kurma & Jemput-jemput ikan bilis

18 Khamis            Nasi goreng black pepper,
Ayam goreng, Telur dadar,
Kurma & Pudding koktel buahan

19 Jumaat             Ikan cencaru sumbat,
Sayur kobis masak lemak putih,
Kurma & Kuih muih

20 Sabtu               Nasi Ayam
Kurma & Jemput-jemput ikan bilis

21 Ahad               Nasi lemak dengan ayam goreng
Kurma & Tembikai


Minggu Keempat

22 Isnin                  Seafood tomyam,
 Sayur kobis goreng,
 Kurma & Betik

23 Selasa              Ikan masak pindang,
Sayur buncis goreng,
Telur Dadar
Kurma & Betik

24 Rabu                Udang masak kari,
Ulaman &sambal belacan,
Ikan masin, Telur Dadar,
Kurma & Kek pisang

25 Khamis            Asam pedas ikan,
Sayur kacang panjang goreng,
Telur dadar
Kurma & Agar-agar

26 Jumaat             Daging masak black pepper,
Sayur tauge campur tauhu,
Kurma & Buah pisang.

27 Sabtu                Nasi Arab
 Kurma & Kuih muih

28 Ahad                 Nasi Kerabu
 Kurma & Pudding koktel buahan



Minggu Kelima

29 Isnin                 Daging kicap,
Sayur tauge masak lemak putih,
Kurma & Buah epal

30 Selasa             HARI RAYA AIDILFITRI

31  Rabu               HARI RAYA AIDILFITRI 
Ini adalah contoh, anda ubah suai mengikut citarasa anda ya.

Selamat merancang menu dan berbuka puasa.

4 comments:

  1. Really like your idea!
    Thanks for your brilliant idea..

    ReplyDelete
  2. Thx Naka.. if you need it in word format, just inform me ya.
    Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  3. Miaainis,
    TQ for dropping by Qaseh Gifts. Memang Banyak aktiviti sempena Ramadhan.... :)
    ~Selamat berpuasa~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...