Showing posts with label hadiah perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label hadiah perkahwinan. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

5 Sebab Solid Perfume Sesuai Sebagai Hadiah




Salam dan hi semua.

Pernah tak dengar mengenai solid perfumes?

Apa tu?
Ia adalah wangian atau krim wangian dalam keadaan pepejal dan ia berbeza dengan perfume yang merupakan campuran air dan ethanol. Biasanya bahan berasal dari sejenis lilin yang dicairkan. Produk ini sangat popular di luar negara dan kini telah bertapak di Malaysia dibawa khas oleh Wangi World.

Kelebihan Solid Perfume by Wangi World
Wangian yang lebih tahan lama kerana berada di dalam bentuk pepejal. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi & organik dan 100% tanpa alkohol. Selain dari itu ia mengandungi ejen pelembab kulit. Ia tidak melekit dan tidak berminyak. Ia juga menjadi pilihan kerana mesra solat. Saiznya yang kecil, ‘compact’ menjadikan ia mudah di bawa kemana-mana. Ianya juga sesuai dan selamat digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa..

5 Sebab Solid Perfume Sesuai Sebagai Hadiah 

#1 Sesuai Untuk Pelbagai Majlis
  • Harijadi - untuk semua peringkat umur dan jantina
  • Perkahwinan - hadiah untuk pengantin, digubah menjadi hantaran, dan juga sesuai sebagai cenderahati untuk tetamu di meja utama serta meja VIP
  • Acara korporat - hadiah penghargaan pekerja, 'door gift' majlis keraian dan 'lucky draw'
  • Hadiah hari perayaan - Krismas 
  • Lain-lain acara seperti Majlis Khatam Quran, Cukur Jambul dan juga 'Family Day'
#2 Sesuai untuk semua peringkat umur 
  • Hadiah ini adalah salah satu 'never can go wrong' untuk sesiapa sahaja
#3 'Packaging' yang sangat menarik. 
  • Kotaknya sangat cantik dan ekslusif mencerminkan produk yang berkualiti 
#4 Harga yang mampu milik
  • Berbanding dengan barangan yang sama dari jenama antarabangsa, ia lebih mesra bajet 
#5 Produk buatan Malaysia 
  • Ini menjadikan produk ini sesuai untuk masyarakat Malaysia dan juga 'Muslim compliant'

Psstttt : kalau order untuk majlis, siap ada 'paper beg' kecil untuk letak produk ni tau. Jadi kalau beli, 'packaging' dah lengkap! Tak perlu fikir lagi dah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini untuk kegunaan sendiri ataupun bagi apapun majlis, Qaseh Gifts sedia membantu.

Untuk membuat pesanan atau inginkan maklumat tambahan, WhatsApp 018-2499579 atau cari lebih info di Facebook :Wangi World Puchong.

Jumpa lagi!

Monday, October 15, 2012

Akan datang : Hadiah Pengantin!

Salam dan Hi Semua!
 
 
 
Buat masa ini, post yang paling popular adalah 10 Idea Hadiah Pengantin. Memang ramai yang gemar membaca post itu dan banyak juga idea-idea yang telah dikongsi bersama pembaca secara online dan bila berjumpa.
 
Memandangkan ia adalah sangat popular, QG ada membuat hadiah pengantin untuk dijual. Buat masa ni, ada dua jenis hadiah yang akan dikeluarkan iaitu 'Kitchen Kits' dan 'Tea for Two' dan harga dalam RM 50 - 100 . Barangan pula adalah kegunaan harian, menjadikan ia hadiah yang praktikal. Bersesuaian jugalah dengan musim cuti sekolah yang akan datang yang akan bakal dipenuhi dengan jemputan kahwin.
 
Nantikan kemunculannya ya!
 
Sehingga bertemu lagi. 

Tuesday, July 19, 2011

10 Sebab Buku adalah Hadiah Terbaik



Buku adalah hadiah paling sempurna dan relevan untuk sebarang situasi. Misalnya untuk seseorang yang terbatas pergerakannya seperti hanya di atas katil atau berkerusi roda di ruang litup kawasan yang terhad, buku menemani di kala kesepian, membuka minda di kala tiada teman berbicara dan boleh membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur. Selain dari ini, sebab-sebab lain yang boleh dipertimbangkan adalah :

1.  Buku adalah ‘evergreen’ dan ia terus ‘memberi’  kerana sekiranya ia dikongsi atau di beri pada orang lain, ia terus menjadi panduan. Ia seperti hadiah yang boleh di buka berulang kali.
2.   Ia memberi ilmu, informasi dan inspirasi.  Ia membuka minda, mencipta sikap ingin tahu dan memupuk daya imaginasi.
3.  Buku adalah sebuah nilai jangka panjang pada kos yang rendah.
4.  Ada banyak pilihan dari segi genre, gaya penulisan, subjek dan penuli menjadikan ia mudah untuk menyesuaikan kepada sipenerima.
5. Sekiranya di beri kepada kanak-kanak, secara tidak langsung ia mencipta hubungan membaca dan kesoronokan menerima buku sebagai hadiah. Ini menguatkan jalinan diantara kanak-kanak dan buku dan memupuk minat membaca.
6.  Memberi mesej kepada sipenerima buku yang sipemberi prihatin terhadap minat mereka.
7.  Buku mudah didapati baik di kedai ataupun online. Sekiranya online, syarikat itu juga boleh membuat penghantaran terus kepada sipenerima.
8.  Khasnya untuk kakitangan kerajaan, ia adalah hadiah neutral yang tidak akan menimbulkan spekulasi.
9.   Ia boleh dijadikan hadiah bagi pelbagai acara seperti graduasi, persaraan, ulangtahun, akikah, perkahwinan dan pelbagai lagi.
10.  Buku adalah hadiah yang ‘always right’ dan ‘selamat’ sekirnya pencarian hadiah menemui jalan yang buntu.

*Bagi peminat setia setia paperbacks/novel - Bahasa Melayu/ Inggeris Qaseh Gifts akan memperkenalkan produk terbaru kami. Add kami sebagai salah satu ‘favourite blog’ anda, ‘subscribe’ dan ‘follow’ blog ini supaya tidak terlepas peluang untuk mendapat produk ini pada harga pengenalan!

Nantikannya dan jumpa lagi!

Sunday, July 3, 2011

5 tips Kepelbagian Lukisan Kanvas




Hi semua!

Baru-baru ni Qaseh Gifts telah menghadiri satu majlis sidang media bagi acara  1Malaysia Contemporary Arts Tourism Festival (1MCAT) yang diadakan di salah sebuah pusat konvensyen ternama di segitiga emas Kuala Lumpur. Acara ni akan dijalankan sehingga bulan September 2011.

Pelbagai genre lukisan dengan pelbagai harga dipamerkan diluar bilik dimana acara diadakan. Kedatangan jemputan bagi acara ini adalah mengalakkan.  Galeri lukisan yang kian bertambah menunjukkan yang Malaysia memang mempunyai pelukis yang berbakat dan rakyatnya sudah pandai menilai karya-karya ini!

Terdetik dihati, bagi yang inginkan kelainan, lukisan kanvas ini boleh dijadikan hadiah. Pemberian gambar seperti pemandangan, 'can never go wrong'. Pembelian lukisan ini juga membantu memartabatkan persada seni tanah air dan sekali gus menaikkan portfolio si pelukis. Mana tahu lukisan itu kelak akan bertambah nilai! Good investment right?

Jika diteliti, lukisan kanvas ini memang 'personalised', kreatif dan akan dikira sebagai sangat 'tasteful'. Kepelbagain lukisan ini adalah seperti berikut :

1. Pembukaan pejabat atau premis perniagaan baru
Sekiranya buntu hendak membeli sesuatu bagi rakan-rakan yang membuka pejabat baru, boleh juga belikan lukisan yang kelak akan ditempatkan di dinding pejabat tersebut. Ini akan pasti menjadi hadiah yang sentiasa menjadi ingatan pada sipenerima.

2. Hadiah ulang tahun dan ulangtahun perkahwinan
Jika memberi lukisan ini sebagai hadiah bagi  ulangtahun atau ulangtahun perkahwinan, ia memang dianggap eksklusif dan pemberi akan dianggap mempunyai citarasa yang tinggi dan berprestij.

3. Hadiah bagi hadiah pengantin
Dalam entri saya di sini ada berbincang mengenai hadiah untuk pengantin. Bolehlah menambah idea baru ini! Ia adalah hadiah lain darpada yang lain.

4. Bagi memperingati sesuatu
Sekiranya ingin kelainan lagi, sebagai hadiah, bolehlah mengupah seorang pelukis untuk melukis gambar sipenerima hadiah. Mungkin selapas menimang cahayamata pertama, hari lebaran atau pelbagai lagi hari yang dianggap istimewa oleh sipenerima hadiah tersebut.

5. Mencipta sikap ingin tahu
Ia seperti hadiah yang berpanjangan. Bukan sahaja lukisan itu boleh dijadikan hadiah, ia seterusnya akan memberi ingatan yang berpanjangan kepada sipenerima. Malah, ia dapat menjadi hadiah lagi apabila generasi yang akan datang, pandai menilai hasil seni dan lebih berbudaya.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Dan sempena 1MCAT ni, jom meriahkan persada seni tanah air dengan membeli lukisan-lukisan yang dipamerkan di lokasi-lokasi ini. 


Sehingga bertemu lagi!

Tuesday, June 21, 2011

10 Idea Hadiah Pengantin

Musim cuti sekolah akan menjadi kebiasaan untuk kita memenuhi jemputan majlis persandingan. Sebagai tetamu, menjadi kemestian untuk membawa hadiah untuk mempelai. Tak kira di mana sahaja resepsi diadakan, di rumah, dewan, hotel, bandar atau kampung halaman. Pemberian ini samada dari segi barangan atau wang tunai adalah sukarela bagi tetamu.
Dua perkara penting yang akan memberi kelainan dalam pemberian hadiah ini adalah budaya dan perhubungan anda dengan pengantin. Yang penting, hadiah tersebut perlu menunjukkan keikhlasan anda.

Ok, mari kita lihat hadiah-hadiah yang boleh di beri kepada sang mempelai.

1.     Wang Tunai
Memberikan wang tunai adalah hadiah yang paling mudah dan ‘always right’. Ada juga hadiah wang tunai diberi sebelum atau selepas untuk perbelanjaan spesifik seperti live band semasa acara dan lain-lain lagi untuk meringankan perbelanjaan pengantin. Terpulang kepada anda samada pemberian dibuat sebelum, semasa atau selepas acara dijalankan.

2.     Barangan elektrik.
Ini mungkin hadiah yang agak popular. Selalunya setiap majlis akan menerima 2 atau 3 hadiah yang sama seperti periuk nasi elektrik, cerek, seterika, blender dan stove memasak.

Sekiranya ingin membeli barangan elektrik, disarankan membeli yang berkualiti supaya ia dapat digunakan dengan lama. Apa kata belikan hadiah yang jarang diberi seperti ‘vacuum cleaner’ atau ‘mixer’ membuat kek.

3.     Barangan dapur
Sekiranya ingin memberi barangan dapur, disarankan memberi barangan berkualiti supaya pengguanaannya dapat dimaksimakan. Ini termasuk set pinggan mangkuk, set periuk/kuali, alas meja atau set sudu garpu. Selain dari itu, barangan Tupperware dan bakul piknik juga boleh menjadi hadiah yang berguna.

Mungkin ia lucu, ada juga pengantin baru yang minta lesung tumbuk sebagai hadiah! Ok lah tu, ‘it is still considered barangan dapur right?’

4.     Barangan rumah
Hadiah untuk barangan rumah memang sangat popular ini termasuklah frame biasa dan cermin. Sering juga set cadar dan comforter menjadi hadiah bagi sang mempelai. Untuk kelainan, mungkin juga boleh memberi set tolietries untuk ditempatkan di bilik tetamu kelak.

5.     Barangan berunsur keagamaan
Sekiranya buntu, hadiah berunsur keagamaan juga boleh diberi. Bagi pengantin Muslim khasnya , Al-Quran, buku-buku doa, sejadah, tasbih, telekung dan kain pelekat juga boleh di beri. Bukan sahaja ia akan digunakan berulang kali, ia juga memberi pahala kepada si pemberi. Frame ayat-ayat suci Alquran juga boleh menjadi hadiah yang mudah dan cantik.

6.     Buku
Selain dari wang tunai, buku juga adalah hadiah yang mudah. Ia memberi ilmu, informasi dan inspirasi. Buku adalah ‘evergreen’ dan ia terus ‘memberi’ kerana sekiranya ia dikongsi atau di beri pada orang lain, ia terus menjadi panduan. Ia seperti hadiah yang boleh di buka berulang kali.

Tips : Contoh buku yang bersesuaian adalah seperti buku resepi, buku keagamaan dan motivasi untuk pasangan memulakan hidup sebagai suami isteri.

7.     Voucher Tunai
Voucher tunai juga adalah popular. Kami ada terilhat voucher-voucher ini di jual di pasaraya contohnya seperti Parkson dan IKEA. Selain dari itu, anda juga mungkin mahu melihat Groupon atau MyDeal kerana mereka mempunyai diskaun untuk pelbagai perkhidmatan dan barang dan boleh dijadikan voucher hadiah.

8.     Pakej berbulan madu
Tiket atau pakej boleh dibeli awal dengan harga yang berpatutan. Yang penting anda sebagai organiser perlu tahu tarikh yang sesuai. Kemudian selalulah melawat laman web penerbangan dan pergi ke MATTA Fair yang diadakan 2 kali setahun. Kos boleh dikurangkan sekiranya anda mengajak kawan-kawan lain ‘chip-in’.
Hadiah ini bukan sahaja boleh mendapat reaksi yang menggembirakan kedua mempelai, malah ia juga dapat meringankan masalah memikirkan ‘kemana’ untuk berbulan madu.

9.     Hadiah unik
Hadiah seumpana ini bergantung kepada bagaimana hubungan anda dengan bakal mempelai. Sekiranya anda rapat dan tahu hobi salah seorang dari mereka, anda boleh membeli sesuatu yang bersesuain dengan hobi atau personaliti. Terpulang kepada idea kreatif anda!
Contoh : sekiranya si isteri/suami meminati persembahan teater atau muzikal apa kata membeli tiket di Istana Budaya atau Dewan Philharmonik.
Walaubagaimanpun, sekiranya memberi hadiah umpama ini, sediakan resit sekali, manalah tahu pengantin mahu menukarnya ke hadiah lain. Selalunya hadiah begini boleh menjadi kejutan yang menggembirakan atau sebaliknya.

Sekiranya tahu yang pasangan adalah pengumpul 'perfume' yang tegar, mungkin boleh membelikan 'perfume' untuk pasangan ini. Anda boleh jenguk sini untuk idea perfume yang unik.

10.  ‘Personalised Gifts'
Sekiranya ingin hadiah yang istimewa untuk pengantin, boleh juga beri ‘Personalised Gifts' Seperti juga tuala yang di monogramkan, pelbagai barangan boleh di ‘personalise.

Contoh : Jahit monogram atau nama di tuala atau sarung bantal atau ukir nama kedua pengantin di hadiah seperti frame gambar, barangan pewter, perhiasan dinding, beg, pen dan macam-macam lagi. 

Untuk lebih istimewa, boleh juga ukir nama pengantin seperti berikut : En. Azli & Puan Elyna atau dalam ungkapan Inggeris, Mr & Mrs Azli. Mesti pasangan pengantin teruja terutama pengantin perempuan kerana inilah kali pertama dia di sebut sebagai Puan.
Contoh : Azli dan Elyna. Monogramnya akan jadi AE


Hadiah kepada pasangan mempelai perlulah praktikal dan dalam ‘budget’ yang ditetapkan. Yang paling penting ia menggembirakan pengantin dan membuatkan mereka mengingati pemberian anda.

Diharap perkongsian ini akan dapat memberi idea kepada anda untuk pemberian hadiah kelak.

Kongsi lah pendapat anda mengenai idea-idea ini...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...