Tuesday, December 31, 2013

Selamat Datang 2014!






“Cheers to a new year and another chance for 

us to get it right.” 


 ~ Oprah Winfrey ~


Semoga 2014 membawa lebih kebaikan dalam kehidupan semua.

Friday, December 6, 2013

Big Bad Wolf Book Sale 2013 - Jom Pergi Beli Buku!


Jualan yang dinantikan telah kembali! 

Qaseh Gifts memang menantikan jualan ini sebab buku memang teman baik kami. Klik di sini jika ingin tahu mengapa buku adalah hadiah yang terbaik. Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai Big Bad Wolf Sale pada tahun 2011 baca ulasan mengenainya di sini.

Bersedia sebelum pergi!
1. Bawa senarai buku yang telah dikenal pasti ingin dibeli (jika ada)
2. Pakai pakaian dan kasut yang selesa
3. Untuk mengelakkan bersesak dalam lautan orang ramai, anda boleh pergi pada Isnin- Jumaat jam 11 pagi - 5 pagi.
4. Letakkan semula buku yang tidak mahu dibeli ditempatnya.
5. Anda mungkin akan berada 2-5 jam di sana!

Jangan lupa!
1. Bawa wang secukupnya
2. Bawa beg beroda - trolley pasar, beg melancong saiz kecil.

Selamat membeli stok buku untuk 6 bulan akan datang!

Qaseh Gifts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...