Showing posts with label Buku sebagai hadiah. Show all posts
Showing posts with label Buku sebagai hadiah. Show all posts

Friday, December 6, 2013

Big Bad Wolf Book Sale 2013 - Jom Pergi Beli Buku!


Jualan yang dinantikan telah kembali! 

Qaseh Gifts memang menantikan jualan ini sebab buku memang teman baik kami. Klik di sini jika ingin tahu mengapa buku adalah hadiah yang terbaik. Sekiranya anda ingin mengetahui mengenai Big Bad Wolf Sale pada tahun 2011 baca ulasan mengenainya di sini.

Bersedia sebelum pergi!
1. Bawa senarai buku yang telah dikenal pasti ingin dibeli (jika ada)
2. Pakai pakaian dan kasut yang selesa
3. Untuk mengelakkan bersesak dalam lautan orang ramai, anda boleh pergi pada Isnin- Jumaat jam 11 pagi - 5 pagi.
4. Letakkan semula buku yang tidak mahu dibeli ditempatnya.
5. Anda mungkin akan berada 2-5 jam di sana!

Jangan lupa!
1. Bawa wang secukupnya
2. Bawa beg beroda - trolley pasar, beg melancong saiz kecil.

Selamat membeli stok buku untuk 6 bulan akan datang!

Qaseh Gifts

Monday, April 16, 2012

10,000 jam untuk berjaya

QG ada membaca buku Malcolm Gladwell bertajuk Outliers. Baca sinopsis buku ini di sini.

Dalam buku ini, dia membicangkan bagaimana pelbagai faktor dapat menghasilkan kejayaan buat seseorang. Salah satunya adalah 'practice makes perfect'. Dia menulis bahawa Bill Gates dan kumpulan The Beatles telah menemui kejayaan setelah berpeluang menghabiskan sebanyak 10,000 jam membuat perkara yang menjadikan mereka berjaya sekarang.

Pendapat Qaseh Gifts:
Untuk kita menjadi 'excellent' dalam sesuatu perkara, kita harus sekurang-kurangnya melaburkan 10,000 jam. Mungkin bila kita tak berjaya dalam sesuatu kita tidak mencuba sebaiknya. Jadi kalau nak samada teori ini betul ada tidak, boleh cuba baca buku ini dan buat tafsiran anda sendiri. 

Selamat membaca....

Tuesday, November 1, 2011

Big Bad Wolf Aftermath Sale 2011

Seperti yang dijanjikan, Qaseh Gifts akan memaklumkan sekiranya ada lagi jualan buku Big Bad Wolf. Kali ini buku jualan adalah lebihan jualan di MAEPS yang lalu dan kualiti luaran beberapa buku mungkin berkurangan.

Kepada yang tidak berpeluang ke MAEPS, inilah masa terbaik untuk menambah stok buku anda. Untuk yang memang tidak pernah jemu membeli dan membaca, pastikan simpan duit untuk acara tersebut!

Baca artikel kami 10 sebab buku adalah hadiah terbaik di sini.


As promised, we will update all if another sale happens. So this time around the books are leftovers of the previous sale in MAEPS so some books could be slightly damaged, dented or in less-than-perfect condition.

For those who missed the one in MAEPS, this would be a great opportunity to stock up on your books. For those who can’t get enough of books, get your wallets ready!

Read 10 reasons why books make great gifts here.

Big Bad Wolf Aftermath Sale
24 to 28 November 2011
South City Plaza, Seri Kembangan
10am to 9pm
Price Range : RM5 and below


This would also be a good first school holiday activity for the family. Let’s make reading our culture!

Acara ini boleh juga dijadikan aktiviti keluarga semasa cuti sekolah akan datang. Jom jadikan membaca budaya kita!

Monday, October 17, 2011

Big Bad Wolf Book 2011 Sale - Ulasan/Review

Jualan telahpun tamat dan kami akan menantikan kedatangannya pada tahun hadapan!

ULASAN
Secara keseluruhan, logistik yang disediakan oleh penganjur di dalam MAEPS adalah sangat baik. Bas/tram yang disediakan silih berganti dan masa menunggu adalah sangat minimal. Memang banyak buku untuk dibuat pilihan. Mungkin tahun depan lebih banyak buku bagi setiap kategori boleh ditambah. Dewan pameran juga besar, tetapi sebabkan oleh pengunjung hujung minggu yang ramai, dewan menjadi sesak. Walaupun ramai yang beratur semasa urusan pembayaran, juruwang dan pembungkus buku adalah efisien menjadikan masa menunggu dalam 5-7 minit.

SARANAN
Sekiranya anda ingin membeli dalam keadaan yang selesa, disarankan untuk pergi pada Isnin-Jumaat dan bawa beg beroda atau trolley untuk membawa buku-buku anda. Jangan pergi pada saat-saat terakhir kerana pilihan buku terumtama sekali untuk kanak-kanak telah berkurangan. Paling utama, mulalah menabung dari sekarang supaya dalam membeli lebih buku pada tahun hadapan :-)

KONGSI PENDAPAT ANDA!
Adakah anda pergi untuk jualan buku ini? Apakah pendapat anda? Berapakah yang anda belanja untuk jumlah buku yang anda beli?


The books we managed to buy during the awesome sale

The book sale has ended and we are looking forward to it next year!

REVIEW
Overall, logistic in MAEPS for the book fair was excellent. The bus/tram prepared by the organisers to the exhibition hall was equally good - we waited less than 5 minutes at the bus/tram stop. The books were abundant but could have more variety. The exhibition ball was big, but because of the weekend crowd, people were bumping into each other. The queue at the the counters were long but cashiers and packers were efficient and each customer were attended to within 5-7 minutes.

RECOMMENDATIONS
If you would like to avoid the crowd, we think weekdays would be a better choice and bring bags with wheels or small trolley. Don't wait till the last minute to visit the sales as choices of books especially for children would be less. Most importantly, start saving from now for the next book sale :-)

SHARE WITH US!
Did you go for the sales? What did you think of it? How much did you spend for the books you bought?


Jumpa lagi!

Thursday, September 29, 2011

Big Bad Wolf Book Sale - The Biggest Book Sale in the World

Dalam entri Qaseh Gifts 10 Sebab Buku adalah Hadiah Terbaik, buku dilihat sebagai hadiah yang sangat 'versatile'. Jadi, bagi ulat buku yang ingin membeli buku untuk bacaan sendiri ataupun kepada pembaca yang ingin menjadikan ia sebagai hadiah, satu jualan buku besar-besaran bakal diadakan. Ini merupakan masa yang terbaik untuk membuat buku-buku ini sebagai stok peribadi. Jika anda dijemput menghadiri majlis harijadi, persaraan atau apa saja majlis yang memerlukan hadiah, ambil aje dari rak buku anda sendiri.

In our entry 10 Sebab Buku adalah Hadiah Terbaik, books are considered one of the most versatile gifts. For all the bookworms out there and those who intend to make books as a gift, a value for money book sale will be happening soon. This would be a great time to stock-up on your book collection. The next time you get invited to a birthday party, retirement party or any gathering that requires gifts, shop your own book shelves!


Jadi, catat dalam kelander anda tarikh tersebut, buat senarai buku yang anda ingin miliki, dan simpan duit untuk acara tersebut! Selamat membeli!

So, mark your calender, make a list of books you want and save your cash for the event! Happy Shopping!

Tuesday, July 19, 2011

10 Sebab Buku adalah Hadiah Terbaik



Buku adalah hadiah paling sempurna dan relevan untuk sebarang situasi. Misalnya untuk seseorang yang terbatas pergerakannya seperti hanya di atas katil atau berkerusi roda di ruang litup kawasan yang terhad, buku menemani di kala kesepian, membuka minda di kala tiada teman berbicara dan boleh membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur. Selain dari ini, sebab-sebab lain yang boleh dipertimbangkan adalah :

1.  Buku adalah ‘evergreen’ dan ia terus ‘memberi’  kerana sekiranya ia dikongsi atau di beri pada orang lain, ia terus menjadi panduan. Ia seperti hadiah yang boleh di buka berulang kali.
2.   Ia memberi ilmu, informasi dan inspirasi.  Ia membuka minda, mencipta sikap ingin tahu dan memupuk daya imaginasi.
3.  Buku adalah sebuah nilai jangka panjang pada kos yang rendah.
4.  Ada banyak pilihan dari segi genre, gaya penulisan, subjek dan penuli menjadikan ia mudah untuk menyesuaikan kepada sipenerima.
5. Sekiranya di beri kepada kanak-kanak, secara tidak langsung ia mencipta hubungan membaca dan kesoronokan menerima buku sebagai hadiah. Ini menguatkan jalinan diantara kanak-kanak dan buku dan memupuk minat membaca.
6.  Memberi mesej kepada sipenerima buku yang sipemberi prihatin terhadap minat mereka.
7.  Buku mudah didapati baik di kedai ataupun online. Sekiranya online, syarikat itu juga boleh membuat penghantaran terus kepada sipenerima.
8.  Khasnya untuk kakitangan kerajaan, ia adalah hadiah neutral yang tidak akan menimbulkan spekulasi.
9.   Ia boleh dijadikan hadiah bagi pelbagai acara seperti graduasi, persaraan, ulangtahun, akikah, perkahwinan dan pelbagai lagi.
10.  Buku adalah hadiah yang ‘always right’ dan ‘selamat’ sekirnya pencarian hadiah menemui jalan yang buntu.

*Bagi peminat setia setia paperbacks/novel - Bahasa Melayu/ Inggeris Qaseh Gifts akan memperkenalkan produk terbaru kami. Add kami sebagai salah satu ‘favourite blog’ anda, ‘subscribe’ dan ‘follow’ blog ini supaya tidak terlepas peluang untuk mendapat produk ini pada harga pengenalan!

Nantikannya dan jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...