Showing posts with label perancangan. Show all posts
Showing posts with label perancangan. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Hadiah, Bajet dan Perancangan

Salam tahun baru untuk semua!

Selepas sibuk dengan mulanya persekolahan pasti semua sudah boleh menarik nafas sedikit dan fokus kepada perkara-perkara lain yang telah diabaikan.

Pasti juga ada yang sudah membuat azam baru untuk tahun 2012. Untuk setiap azam baru itu, panduan yang perlu diikuti adalah:
1. Menulis azam anda dan jangkamasa,
2. Bertanggungjawab untuk melaksanakannya
3. Dan sekiranya tergelincir - bangun dan cuba lagi. Masih ada 11 bulan untuk mencapai matlamat anda!



Awal tahun ini, Qaseh Gifts ingin berkongsi dengan anda tentang Hadiah, Bajet dan Perancangan. Sekiranya anda ada membuat kemaskini kelander 2012 seperti disini, anda sudah tahu semua tarikh-tarikh penting termasuk ulangtahun, jemputan ke majlis-majlis dan pelbagai lagi. Jom kita gunakan garis panduan ini :

1. Bila semua tarikh-tarikh penting sudah dikenal pasti, anda boleh mula menyenaraikan hadiah yang sesuai untuk setiap orang/majlis dan bajet anda.

2. Dengan perancangan awal, anda boleh memikirkan hadiah yang paling sesuai mengikut kemahuan, keperluan dan  kegunaannya kepada bakal penerima. Kualiti dan keprihatinan anda lebih penting dari kuantiti. Anda boleh mula buat senarai - Nama penerima, apakah hadiah yang akan diberi dan bajet anda untuk hadiah itu.

3. Sekiranya anda sudah membuat senarai tersebut, cetak dan simpan didalam beg duit anda. Ini akan memudahkan anda, kerana anda tidak tahu bila anda akan jumpa barangan atau harga yang menarik!

4. Satu lagi yang kami ingin ingatkan, menderma juga boleh dimasukkan dalam senarai perancangan anda. Berapa jumlah atau apapun pemberian, asalkan ikhlas akan mendapat kebaikan akhirnya.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...