Assalam and Hi semua!
Seperti yang diberitahu sebelum ni, Qaseh Gifts akan
menyediakan produk baru untuk bakal pengantin. Kami telahpun menyediakan semua
pakej di IG dan harga adalah mampu milik bermula dari RM10.
Jadi, untuk semua yang bakal bertunang atau berkahwin, boleh
baca tips ni untuk mendapat lebih idea mengenai persiapan bagi hantaran
nanti.
Tips #1 Persediaan Awal
- Hantaran
menjadi suatu kemestian untuk kebanyakan pengantin pada setiap majlis.
- Bincang
dengan pasangan dan keluarga berapa dulang yang akan diberi.- Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya atau hobi pasangan.
Tips #2 Jumlah
dulang hantaran
- Sebaiknya biarlah mengikut adat
dengan angka ganjil.
- Jika lelaki bagi 9 dulang hantaran
pihak perempuan kena balas 11 dulang
- Elakkan jumlah dulang hantaran yang
terlalu banyak.
- Jumlah yang terlalu banyak
menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.
- Jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi
jumlah dulang yang dirancang, gandingkan barangan yang sesuai untuk diletakkan
dalam satu dulang. Contoh : Al-Quran + Sejadah dan Kasut + Handbag.
- Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri
dan makanan seperti manisan.
Tips #3 Dulang hantaran
- Sesuaikan barangan dengan saiz
dulang hantaran
- Pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang
tak muat untuk digubah
- Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis
yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
Tips #4 Barang-barang hantaran
- Pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk
barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah
disesuaikan dengan warna tema hantaran anda.
Tips #5 Info
tambahan
- Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib
bagi set hantaran pertunangan, anda
juga boleh menggantikannya dengan
tepak sireh.
- Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan
lagi kemestian, terpulang pada
anda tapi jika ada lebih baik.
- Sirih junjung dari pihak lelaki selalunya digubah lebih tinggi, tanda si lelaki yang akan
menjadi ketua keluarga kelak.
Sekiranya anda ingin menjimatkan kos dan masa untuk persedian
hantaran dulang, anda boleh menyewa dari Qaseh Gifts. Kami gembira jika ia dapat mengurangkan kerunsingan mengenai persiapan dulang hantaran dan anda dapat fokus
kepada persiapan yang lain untuk majlis nanti.
Jumpa lagi!