Wednesday, August 29, 2018

5 Tips untuk Persiapan Hantaran



Assalam and Hi semua!

Seperti yang diberitahu sebelum ni, Qaseh Gifts akan menyediakan produk baru untuk bakal pengantin. Kami telahpun menyediakan semua pakej di IG dan harga adalah mampu milik bermula dari RM10.

Jadi, untuk semua yang bakal bertunang atau berkahwin, boleh baca tips ni untuk mendapat lebih idea mengenai persiapan bagi hantaran nanti.

Tips #1 Persediaan Awal
- Hantaran menjadi suatu kemestian untuk kebanyakan pengantin pada setiap majlis.
- Bincang dengan pasangan dan keluarga berapa dulang yang akan diberi.
- Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya atau hobi pasangan.



Tips #2 Jumlah dulang hantaran
- Sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. 
- Jika lelaki bagi 9 dulang hantaran pihak perempuan kena balas 11 dulang
- Elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. 
- Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.
- Jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkan barangan yang sesuai untuk diletakkan dalam satu dulang. Contoh : Al-Quran + Sejadah dan Kasut + Handbag.
- Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri dan makanan seperti manisan.

Tips #3 Dulang hantaran
- Sesuaikan barangan dengan saiz dulang hantaran
- Pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah
- Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran. 

Tips #4 Barang-barang hantaran
- Pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda.     

Tips #5 Info tambahan
- Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda 
juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh.
- Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada 
anda tapi jika ada lebih baik.
- Sirih junjung dari pihak lelaki selalunya digubah lebih tinggi, tanda si lelaki yang akan 
menjadi ketua keluarga kelak.

Sekiranya anda ingin menjimatkan kos dan masa untuk persedian hantaran dulang, anda boleh menyewa dari Qaseh Gifts. Kami gembira jika ia dapat mengurangkan kerunsingan mengenai persiapan dulang hantaran dan anda dapat fokus kepada persiapan yang lain untuk majlis nanti.

Jumpa lagi!

Wednesday, August 8, 2018

[Coming Soon] Produk Baru!

Assalam and Hi semua!

Tak lama lagi Qaseh Gifts akan menyediakan produk baru untuk bakal pengantin. Diharap dengan produk yang disediakan, ia akan dapat menjimatkan kos dan masa bakal-bakal pengantin diluar sana.

Semoga semua urusan Qaseh Gifts dipermudahkanNya. 

Doakan kami ya :-) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...